​Reformasi Perkhidmatan Awam
Menetapkan halatuju reformasi Perkhidmatan Awam ke arah memenuhi arus globalisasi dan tuntutan persekitaran yang semakin kompleks dan mencabar.
Pemantapan Sistem Pemantauan, Inspektorat dan Pengiktirafan
Memperkukuh sistem pemantauan dan pengiktirafan dengan melaksanakan program-program bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan agensi-agensi kerajaan.
Pemantapan Khidmat Konsultasi dan Penyelidikan
Memantapkan kemahiran, keupayaan dan kapasiti warga MSD dalam memberikan perkhidmatan konsultasi dan penyelidikan berkualiti tinggi melalui penerapan nilai teras dan kompetensi diri dari membantu agensi-agensi kerajaan meningkatkan keberkesanan perlaksanaan program / projek yang berkualiti, inovatif, efisien, kos efektif dan bersistematik.
Promosi dan Penyebaran Maklumat Reformasi Perkhidmatan Awam
Mempergiatkan aktiviti promosi dan penyebarluasan maklumat mengenai perkhidmatan yang telah dilaksanakan serta usaha pembaharuan dan penambahbaikan dalam Perkhidmatan Awam melalui pelbagai saluran media.