Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksAnugerah Inovasi Perdana

​​

PENGENALAN

Pada menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-25 pada 22 Safar 1440 bersamaan 31 Oktober 2018, yang antara lain Titah baginda,


"Menyentuh inovasi dalam Perkhidmatan Awam, Beta menyambut baik inisiatif yang telah diambil oleh Jabatan Perdana Menteri melalui Jabatan Perkhidmatan Pengurusan dan Institut Perkhidmatan Awam yang meneliti semula Program Inovasi dalam Perkhidmatan Awam dengan memperkenalkan satu anugerah baru yang dikenali sebagai 'Anugerah Inovasi Perdana', seperti yang digariskan dalam Rangka Kerja Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam. Beta percaya dengan adanya anugerah ini nanti, dapatlah meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan pentadbiran awam. Inilah harapan semua dan harapan negara."


Anugerah Inovasi Perdana (AIP) ini merupakan kesinambungan kepada usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan Pentadbiran Awam Negara Brunei Darussalam melalui penaiktarafan dan penggabungan antara Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam (ACPA) dan Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC). Anugerah ini khusus untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan bagi kementerian dan jabatan kerajaan / orang ramai / swasta secara berkumpulan dan perseorangan yang berhasil melaksanakan usaha-usaha penambahbaikan dan pembaharuan (inovasi) dalam Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam.



PERLAKSANAAN

AIP ini akan diadakan setiap tahun.


MATLAMAT
  • Menggalakkan inovasi dalam urustadbir baik (good governance) dalam Perkhidmatan Awam;
  • Menghargai keunggulan dan kecemerlangan dalam Perkhidmatan Awam;
  • Meningkatkan lagi motivasi dan galakan kepada penjawat awam untuk lebih giat dalam melaksanakan inovasi di dalam menjalanakn tugas dan tanggungjawab masing-masing;
  • Meningkatkan profesionalisma dalam Perkhidmatan Awam;
  • Meningkatkan imej Perkhidmatan Awam; dan
  • Mengumpulkan dan menyebarluaskan amalan terbaik (best practices) atau kaedah yang berjaya dan berkesan yang boleh dijadikan sebagai contoh (role-model) kepada agensi-agensi sektor awam yang lain.


BIDANG TUMPUAN

  • Meningkatkan penyampaian Perkhidmatan Awam melalui aplikasi teknologi info-komunikasi dan kaedah-kaedah tertentu seperti delivery approach, perekayasan dan lain-lain;

  • Inovasi dalam Perkhidmatan Awam;

  • Meningkatkan integriti, ketelusan, akauntabiliti dan tindakbalas dalam Perkhidmatan Awam; dan

  • Penambahbaikan kualiti proses dalam Perkhidmatan Awam yang menyumbang kepada mempercepatkan urusan-urusan yang berkaitan dengan Ease of Doing Business.