Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksANUGERAH SAGUHATI BAGI KERTAS PROJEK

​​​​​



KUMPULAN TAJNID

Tajuk​ Projek: “ SPA ONLINE RECRUITMENT MANAGEMENT ”

Bahagian Pengambilan
Pejabat Suruhanjay​a Perkhidmatan Awam
Jabatan Perdana Menteri

Tarikh Diperkenalkan : 01 September 2014 / Tarikh Dilaksanakan : 28 Februari 2015​

AHLI-AHLI 
  • Pengiran Hjh Sarimah binti Pengiran Hj Merali, Penolong Kanan Setiausaha
  • Dayang Hjh Dahliana binti Hj Aliakbar, Penolong Kanan Setiausaha
  • Dayang Siti Rozaidah bte Hj Ali Hasan, Penolong Setiausaha
  • Dayang Hjh Maimunah binti Seruji, Penolong Setiausaha
  • Awang Mohammad Rouhan bin Haji Hassan, Pegawai Kerja
  • Awang Muhammad Syahmi bin Halimshah, Pegawai Kerja
  • Dayang Norefna binti Abdullah, Pegawai Kerja
  • Dayang Nurhazirah bini Hj Ismail, Pegawai Kerja
  • Dayang Taisah binti Hj Ibrahim @ Sharifah Taisah binti Shaikh Hj Ibrahim, Penolong Pegawai Kerja Tingkat 1
  • Awang Suhaibul bin Hj Ahmad, Penolong Pegawai Kerja Tingkat 1
  • Awang Hj Md Emmy Shamrry bin Hj Kadir, Penolong pegawai Tingkat 1
  • Awang Mohammad Rino bin Md Daud, Penolong Pegawai Tingkai II
  • Dayangku Hasleynawati binti Pg Hj Rosley, Penolong Pegawai Tingkat II
  • Awang Nurariffin bin Mansor, Kerani
  • Dayangku Rabi’atul Adawiyah binti Pengiran Aspar, Kerani


SINOPSIS 

Pejabat SPA bertanggungjawab selaku urus setia kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi melaksanakan proses pengisian jawatan kosong bermula dari pengiklanan, penerimaan permohonan, perakuan calon, ujian, temuduga, penyediaan kertas mesyuarat dan tawaran jawatan.  
 
Sebelum projek ini dilaksanakan, proses pengisian jawatan mengambil masa yang terlalu lama untuk diselesaikan. Majoriti jawatan diproses melebihi tempoh TPOR 15 - 20 minggu. Kelambatan ini berpunca dari proses pengendalian secara manual dan juga sistem (SIMPA) yang mempunyai fungsi terhad tidak dapat membantu urus setia mengurus proses pengambilan.  Berdepan dengan masalah-masalah ini dan juga bagi usaha untuk mewujudkan satu sistem pengambilan yang lebih sistematik dan berkesan, maka Pejabat SPA telah melaksanakan projek SPA Online Recruitment Management dan membangunkan sistem PSC Recruitment yang telah mula digunakan pada bulan Februari 2015. 
 
Objektif-objektif utama projek ialah untuk memudahkan pemohon menghadapkan permohonan, disamping mempercepat dan memudahkan Pejabat SPA di dalam mengendalikan proses pengisian jawatan kosong. Beberapa faedah diperolehi termasuklah memendekkan TPOR dari 20 minggu ke 13 minggu, peniadaan kos tetap bayaran perkhidmatan SMS, meningkatkan penggunaan GEMS dan portal e-darussalam dan juga peniadaan kos pembelian kertas dan sampul surat setelah penyampaian makluman menggunakan surat digantikan sepenuhnya dengan penghantaran e-mel dan dipaparkan di dashboard pemohon.  
 
Pengurusan aduan dan pertanyaan dikendalikan melalui talian darussalam 123, manakala pemberigaan berterusan terhadap tatacara pengunaan sistem PSC Recruitment dibuat melalui bengkel / klinik. Selanjutnya, sistem enhancement akan dilaksanakan untuk meningkatkan keupayaan sistem bagi mencapai sepenuhnya TPOR 13 minggu dan mengurangkannya lagi kepada 9 minggu.  Pejabat SPA juga merancang untuk meningkatkan accessibility sistem ini melalui aplikasi Mobile Apps dalam smartphones pengguna.

OBJEKTIF PROJEK 

Projek ini mempunyai 2 objektif utama yang terbahagi kepada 6 sub-objektif seperti berikut:- 
 
Objektif Pertama - Memudahkan Pemohon Untuk Menghadapkan Permohonan Jawatan Kosong. 
  • Menyediakan “platform” permohonan secara dalam talian (online) yang boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja. 
  • Menggantikan borang permohonan manual (borang SPA1 / SPA2) dengan sistem aplikasi dalam talian. 
  • Memudahkan dan membolehkan pemohon melengkapkan sendiri profil peribadi, memuatnaik dokumen, mengemaskini maklumat, mencari dan memohon jawatan kosong yang diiklankan serta mengetahui status permohonan dengan mudah dan cepat. 

Objektif Kedua - Mempercepat Dan Memudahkan Proses Pengambilan Serta Pengisian Jawatan Kosong Yang Dikendalikan Oleh Pejabat SPA. 
  • Meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam pengambilan serta pengurusannya yang diukur melalui peningkatan jumlah jawatan yang diproses dalam tempoh Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) yang ditetapkan. 
  • Memperkenalkan penggunaan e-mel untuk memaklumkan pemohon mengenai jadual ujian dan temu duga serta keputusan permohonan. 
  • Menilai semula proses kerja pengambilan menggunakan kaedah Business Process ReEngineering (BPR).




KUMPULAN SYURA BMT

Tajuk​ Projek: “ PEMODENAN SISTEM MESYUARAT ”

Bahagian Mesyuarat
Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Jabatan Perdana Menteri

Tarikh Diperkenalkan : 21 Mei 2012/ Tarikh Dilaksanakan : 30 Disember 2013

AHLI-AHLI 
  • Awang Salminan bin Haji Burut , Setiausaha 
  • Awang Haji Mohd Adnan bi Haji Abd Hamid, Penolong Kanan Setiausaha
  • Dayang Siti Rozaidah binti Haji Ali Hassan, Penolong Kanan Setiausaha
  • Dayang Za Eirney binti Haji Mohammad Ali, Setiausaha Sulit
  • Awang Haji Abdul Haris bin Haji Khamis, Setiausaha Sulit 
  • Awang Haji Md Emmy Shamrry bin Haji Kadir, Penolong Pegawai Kerja Tingkat 1
  • Dayang Hajah Kaipah binti Haji Baha, Penolong Pegawai Kerja Tingkat 1
  • Dayang Hjh Siti Maihmun @ Siti Maimun binti Haji Nudin, Penolong Pegawai Kerja Tingkat 1 
  • Awang Rudi Hairol bin Ibrahim, Penolong Pegawai Kerja Tingkat II
  • Awang Mohammad Fadhli bin Mazlan, Kerani

SINOPSIS 

Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Pejabat SPA) berperanan sebagai Sekretariat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Suruhanjaya).  Suruhanjaya adalah badan bebas yang mana fungsi utamanya ialah mempertimbangkan sokongan Kementerian /Jabatan dan membuat keputusan secara “consensus”, seterusnya menyembahkan nasihat Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Dalam kepesatan arus teknologi yang cepat berkembang sekarang ini sejajar dengan perkhidmatan awam yang dinamik dan inovatif, Pejabat SPA terpanggil untuk mengaplikasi Info-Komunikasi didalam menyampaikan perkhidmatannya dengan memodenkan sistem mesyuarat Suruhanjaya.
 
Penggunaan Info-Komunikasi dalam mesyuarat Suruhanjaya bermula pada Januari 2014.  Sebelum ini mesyuarat Suruhanjaya dijalankan secara konvensional dengan meneliti kertas kerja “hard copy” yang mengandungi sokongan Ketua Jabatan berserta salinan dokumen-dokumen mengenai dengan perkara yang ditimbangkan yang mana lazimnya proses penyediaan kertas kerja bagi mesyuarat Suruhanjaya ini memerlukan kertas yang sangat banyak.  Pada tahun 2012 sahaja sebanyak 4,743 kertas kerja telah dipertimbangkan.  Kini dengan aplikasi teknologi, kertas kerja mesyuarat Suruhanjaya beralih sepenuhnya dalam bentuk “digital copy” dan dipaparkan melalui skrin komputer.  Dengan inovasi ini bukan sahaja penggunaan kertas jauh berkurangan yang menjurus kepada penjimatan perbelanjaan pembelian kertas dan penyelenggaraan mesin fotokopi, malah ianya juga dapat mengatasi masalah penyimpanan kertas kerja.  Keputusan mesyuarat dan kertas kerja yang telah dipertimbangkan dimuat naik dalam bentuk “pdf” yang mana mudah dijejaki untuk rujukan kemudian.

Dengan kejayaan mesyuarat Suruhanjaya berkomputer ini mesyuarat Suruhanjaya lebih berkesan dan telah meningkatkan prestasi, kualiti kerja dan produktiviti Pejabat SPA kearah kecemerlangan Perkhidmatan Awam.

OBJEKTIF PROJEK 

Bagi merealisasikan tujuan yang tersebut di atas, terdapat dua (2) objektif utama seperti berikut:

1. Memberi kemudahan Pejabat ini khususnya urus setia Bahagian Mesyuarat untuk mengendalikan mesyuarat Suruhanjaya.

  • Membangun (developing) satu sistem pengurusan mesyuarat secara berkomputer.
  • Memudahkan urus setia Bahagian Mesyuarat menyimpan dan mendapatkan maklumat sebagai rujukan, memuat naik (upload) dokumen, mengemaskini maklumat, mencari dan memuat turun (download), menyediakan minit keputusan Suruhanjaya, mengetahui status serta memantau kertas kerja dengan cepat.

2. Mempercepatkan dan memudahkan proses penyediaan dan pengendalian kertas kerja untuk dimesyuaratkan Suruhanjaya.

  • Meningkatkan kecekapan dan produktiviti dengan penggunaan teknologi dalam penyediaan, pengendalian dan pengurusan mesyuarat Suruhanjaya iaitu menggantikan kertas kerja dari “hard copy” kepada “digital copy” dan dipaparkan melalui skrin komputer untuk kemudahan merujuk semasa mesyuarat seterusnya mengurangkan tempoh penyediaan, pengendalian dan penyusunan kertas kerja.
  • Menilai semula proses kerja pengurusan mesyuarat dengan mengurangkan aliran proses kerja yang manual.




KUMPULAN GAPURA

Tajuk​ Projek: “ ONE GOVERNMENT PRIVATE CLOUD ”

Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC)
Jabatan Perdana Menteri

Tarikh Diperkenalkan : 07 Februari 2011/ Tarikh Dilaksanakan : 01 Jun 2012


AHLI-AHLI 
  • Awang Mohammad Rosmarimey bin Haji Osman, Penyelia Sistem
  • Awang Mohammad Ammar Izzuddin bin Awang Rosli, Penganalisa Sistem

SINOPSIS 

Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) telah mula memperkenalkan One Government Private Cloud (OGPC) pada tahun 2012 yang menggunakan Cloud Computing Techology dengan tujuan untuk mengurangkan pembelian peralatan-peralatan hardware bagi projek ICT dalam sektor Kerajaan. 

Dengan mengunakan Cloud Computing, peralatan-peralatan seperti server dan storage dapat dikonsolidasikan dan dipadatkan ke dalam beberapa peralatan servers dan storage yang berkemampuan tinggi dalam bentuk virtualized server dan virtualized storage. 

Cloud Computing juga membolehkan semua sistem dan aplikasi kerajaan disimpan secara pusat, memudahkan ia diakses oleh pelanggan di mana sahaja sama ada melalui telefon pintar, tablet, komputer riba atau mana-mana komputer yang mempunyai sambungan internet. Oleh kerana ia bersifat persendirian (private), kesemua maklumat sistem dan aplikasi yang tersimpan di dalam infrastruktur OGPC adalah dalam keadaan terkawal dan selamat. 

Sejak tertubuhnya OGPC, pihak kerajaan telah berjaya mendapatkan faedah-faedah seperti berikut: 
  • Penjimatan sebanyak 65% peruntukan bagi pembelian perkakasan infrastruktur dalam tempoh satu tahun yang berjumlah $8.8 juta. 
  • Penjimatan masa di mana sistem-sistem dan aplikasi kerajaan tidak perlu menunggu peralatan-peralatan hardware untuk didatangkan kerana ia sudah tersedia dalam OGPC. Penjimatan masa ialah dari beberapa bulan ke beberapa hari sahaja. 
  • Selain itu, ia juga telah berjaya menampung tiga kali ganda sistem-sistem dan aplikasi dari jumlah jangkaan awal. 


OBJEKTIF PROJEK 

Objektif utama projek ini dilaksanakan adalah untuk mewujudkan infrastruktur private cloud bagi menampung virtualized environment untuk menyediakan ‘Infrastruktur Sebagai Perkhidmatan’ dan juga ‘Penyimpanan 2 

Data Sebagai Perkhidmatan’ dalam sektor kerajaan. Perkhidmatan-perkhidmatan gunasama ini adalah satu kaedah yang mudah dan cepat bagi penyimpanan sistem-sistem dan aplikasi-aplikasi kerajaan secara pusat, membolehkan ketangkasan dan pertumbuhan projek-projek IT yang lebih besar. 

Hasil dari perlaksanaan projek ini, perkongsian perkhidmatan sumber pengkomputeran dapat direalisasikan di mana lebih banyak virtual server dan virtual storage dapat disimpan di dalam perkakasan fizikal yang sama. Ia juga telah menghasilkan faedah-faedah seperti berikut:

  • Penjimatan kos dari segi pembelian perkakasan baru bagi menampung projek-projek IT di setiap kementerian-kementerian kerajaan. Ini juga secara tidak langsung membolehkan penggunaan sumber pengkomputeran yang maksimum, selain dapat memberikan penyelenggaraan yang lebih baik dan efisyen. Manakala pengurangan kos tetap dalam penggunaan elektrik bagi meningkatkan daya kuasa dan pendinginan perkakasan di pusat data boleh dicapai. 
  • Sistem pengurusan yang lebih fleksibel yang berkeupayaan dalam menyediakan sumber IT yang lebih cepat dan responsif menurut busienss requirements projek. Masa diperlukan oleh organisasi dalam menyediakan server baru berkurangan daripada minggu kepada hari dan paling singkat, iaitu cuma memerlukan beberapa minit sahaja.


 
SINOPSIS PEMENANG KATEGORI KERTAS PROJEK

​PERAK

GANGSA

SAGUHATI
KUMPULAN TAJNID
KUMPULAN SYURA BMT
KUMPULAN GAPURA