Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksANUGERAH GANGSA BAGI KERTAS PROJEK

​​​​

ANUGERAH GANGSA


KUMPULAN TEAM 2G (GO GREEN)

Tajuk​ Projek: “ Pengurangan Penggunaan Tenaga Elektrik di Bangunan-Bangunan Kerajaan ”

Jabatan Mekanikal dan Elektrikal
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pembangunan

Tarikh Diperkenalkan : 2010 /   Tarikh Dilaksanakan : 2011

AHLI-AHLI 
  • ​Dayang Dr Rohaniyati binti POKSDSP Haji Md Salleh, PMK Pengarah DME
  • Awang Shahrol bin Awg Hj Ahmad, Jurutera Kerja
  • Dayang Fazleena binti Haji Abdullah, Jurutera​ 
  • Dayang Siti Hamdiah binti Awang Hamdan, Jurutera Elektrikal 
  • Dayang Normalini Alaini binti Haji Rosli, Jurutera 
  • Dayang Siti Nor Rafidah binti Haji Abdul Hamid, Jurutera 
  • Dayang Kamsinah binti kamis, Ketua Pembantu Teknik 
  • Dayang Ampuan Noorhimmah Irawati binti Ampuan Ibrahim, Pengawas Tingkat 1


SINOPSIS 

Pada tahun 2009, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah menyeru agensi-agensi Kerajaan untuk mula menggubal dasar dan mengemukakan langkah-langkah bagi mencapai matlamat penggunaan tenaga secara effisien dan mengelakkan pembaziran, dengan menekankan jumlah perbelanjaan agensi-agensi kerajaan ke atas bil elektrik yang mencecah $68 juta setiap tahun (Borneo Bulletin, Julai 2009). Merujuk kepada statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga pada tahun 2011 telah menunjukkan bahawa bangunan-bangunan milik kerajaan sahaja menyumbangkan kepada 22 peratus daripada keseluruhan tenaga yang digunakan di Negara Brunei Darussalam. 

Kumpulan Green Building Initiatives (GBI)  Jabatan Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kerja Raya telah mengambil langkah-langkah penjimatan tenaga bagi memastikan bangunan kerajaan di negara ini bercirikan hijau (jimat tenaga) dari sudut rekabentuk, pembinaan dan seterusnya operasi bangunan. 

Projek ini dilaksanakan dengan tujuan utamanya untuk mengurangkan penggunaan tenaga yang berlebihan di bangunan-bangunan kerajaan disamping mendidik pengguna-pengguna untuk mengelakkan pembaziran tenaga dan menggunakan tenaga dengan effisien. Hasil dari penjimatan tenaga ini juga dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan juga dapat meningkatkan ekonomi negara.

Hasil daripada audit tenaga yang dijalankan ke atas beberapa buah bangunan kerajaan, beberapa punca utama yang menyumbang kepada penggunaan tenaga yang berlebihan dapat dikenal pasti. Kurangnya kesedaran dan sikap ‘malas ku ingau’ pengguna, keperluan yang tidak sewajarnya atau berlebihan oleh pemilik bangunan, penggunaan tenaga dengan tidak betul dan sistem mekanikal dan elektrikal bangunan yang sudah usang dan tidak effisien adalah punca-punca utama yang dikenal pasti.

Sehubungan dengan itu, beberapa langkah penjimatan telah dilaksanakan iaitu melalui kaedah penjimatan tenaga tanpa melibatkan perlaksanaan kos (no cost investment), kaedah jangka sederhana (mid-term investment) dan jangka panjang (long term investment). Projek ini memberi tumpuan kepada perlaksanaan langkah-langkah tanpa melibatkan kos (no cost investment) yang mana telah menghasilkan penjimatan yang sangat ketara.

Hasilnya, projek ini telah berjaya menjimatkan sebanyak 5,179,415kWh tenaga, bersamaan dengan $517,941.50 bagi tempoh tiga tahun perlaksanaan bagi 6 buah bangunan kerajaan. Ini juga melibatkan pengurangan pelepasan Karbon Dioksida (CO2) sebanyak 3,625,590.5 kg dan sebanding dengan penjimatan sebanyak 3,180 tong minyak setara (Barrel of Oil Equivalent - BOE).

OBJEKTIF

Objektif utama bagi projek ini adalah untuk mengurangkan penggunaan tenaga di bangunan-bangunan kerajaan. Jabatan Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal telah  mengambil inisiatif dan mengambil peranan ‘lead by example’ dengan mengongsikan kejayaan dalam perlaksanaan projek perintis ini dan berharap agar agensi-agensi kerajaan lain dan juga sektor awam akan sama-sama mempraktikkan  penggunaan tenaga yang effisien dan mengelakkan pembaziran tenaga di bangunan-bangunan kerajaan dan seterusnya mencapai sasaran negara.


 
SINOPSIS PEMENANG KATEGORI KERTAS PROJEK

​PERAK

GANGSA

SAGUHATI
KUMPULAN TAJNID
KUMPULAN SYURA BMT
KUMPULAN GAPURA