Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
30 JUN 2018 - JERAYAWARA PERLAKSANAAN PENDEKATAN AWAM OLEH AGENSI – AGENSI KERAJAAN

Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) dengan kerjasama Pihak Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC), Jabatan Perdana Menteri baru–baru ini telah mengadakan sesi jerayawara pemberigaan Surat Keliling JPM 6/2018 mengenai Perlaksanaan Pendekatan Awam (RPE) oleh agensi-agensi kerajaan yang telah diadakan di Institut Pekhidmatan Awam. Jerayawara tersebut berlangsung selama tiga hari, bermula 27hb Jun sehingga 30hb Jun 2018. Jerayawara bertujuan untuk mengongsikan garispanduan tatacara perlaksanaan pendekatan awam bagi agensi-agensi kerajaan.


Acara bermula dengan bacaan  surah Al-Fatihah dan seterusnya ucapan aluan –aluan daripada Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, Awang Aminuddin bin Haji Buntar. Antara yang hadir ialah Pegawai – pegawai Kerajaan Bahagian 2 ke atas yang mempunyai peranan, tugas dan tanggungjawab yang berkaitan dengan pembentukan dan pengurusan dasar (Policy Development and Management), perhubungan korporat  (Corporate Communications) serta Pegawai Perhubungan Awam, Pegawai Pentadbir, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Pegawai Penyelidik, Pegawai Projek, Pegawai Kerja dan seumpamanya daripada 13 kementerian beserta Jabatan-Jabatan dibawahnya.


Antara kandungan jerayawara tersebut adalah taklimat Garispanduan Perlaksanaan Pendekatan Awam,  yang disampaikan oleh Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD), Taklimat penggunaan media digital dalam pendekatan awam yang dikongsikan oleh Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) dan perkongsian maklumat mengenai pendekatan awam yang telah dilaksanakan oleh beberapa agensi kerajaan yang dijemput seperti Pusat Promosi Kesihatan (HPC), Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan dan Bahagian Komunikasi Korporat (Corporate Communication) serta Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professional), Kementerian Kesihatan.


Perlaksanaan Pendekatan Awam (RPE) merupakan kesinambungan kepada Rangka Kerja Perkhidmatan Awam (RKPA) atau Civil Service Framework (CSF) yang mendokong kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035.  Penekanan terhadap perlaksanaan aktiviti-aktiviti pendekatan awam bertujuan untuk mempertingkatkan lagi hubungan baik di antara agensi kerajaan dengan orang ramai, di samping menggalakkan setiap agensi kerajaan supaya lebih peka terhadap keperluan dan isu yang dihadapi orang ramai dan pihak yang berkepentingan (stakeholders) dalam merancang apa jua dasar / program / projek yang sesuai dengan kehendak semasa.

Untuk maklumat lanjut sila tekan pautan berikut

PERLAKSANAAN PENDEKATAN AWAM OLEH AGENSI – AGENSI KERAJAAN

Attachments