Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
27 JUN 2018 - SESI KHAS BENGKEL PROGRAM PENGGREDAN PRESTASI SEKTOR AWAM (3PSA) MELALUI PENARAFAN BINTANG BAGI TAHUN 2018

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun 2018 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) telah mengadakan Sesi Khas Bengkel Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) Melalui Penarafan Bintang selama 2 dua iaitu pada hari Isnin, 25 Jun 2018 dan hari Selasa, 26 Jun 2018 di Dewan Ittisal, Institut Perkhidmatan Awam.

Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan bersama peserta Kumpulan 1 Bengkel 3PSA

Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan bersama peserta Kumpulan 2 Bengkel 3PSA


Sesi khas ini merupakan kesinambungan daripada Bengkel 3PSA yang telah diadakan pada 2 hingga 7 April 2018 yang lalu. Bengkel kali ini melibatkan 8 agensi dan setiap agensi diperlukan untuk melaksanakan self-assessment di agensi masing-masing dan dapatan mengenainya telahpun dikongsikan dan dibentangkan oleh Kumpulan Pegawai Penilai (peserta bengkel) di sesi khas ini.

 

Susulan daripada sesi khas ini, Kumpulan Pegawai Penilai akan membentangkan pula dapatan self-assessment tersebut kepada pengurusan atasan di agensi mereka masing-masing. Hasil dapatan akan dibuat penganalisaan lanjut oleh MSD sebagai intelligent information dan perbandingan semasa pihak MSD melaksanakan formal assessment di agensi berkenaan nanti.

 

Sesi khas diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta Bengkel 3PSA yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Aminuddin bin Haji Buntar, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan. 



Attachments