Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
29 APRIL 2018 - AKTIVITI PEMBERSIHAN TANAH PERKUBURAN ISLAM JAME' ASR HASSANAL BOLKIAH 1439 / 2018

Bandar Seri Begawan, 13 Syaaban 1439 / 29 April 2018 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) melalui Badan Keugamaan, Sosial dan Sukan (BKSS) telahpun mengadakan salah satu aktiviti kebajikan tahunan jabatan yang diadakan sebelum menjelangnya bulan Ramadhan iaitu Aktiviti Pembersihan Tanah Perkuburan Islam. Pada tahun ini, pihak BKSS telah memilih Tanah Perkuburan Islam Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiulap.

Antara lain tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah bagi memupuk semangat bersatu padu, bergotong-royong dan menimbulkan rasa ukhuwah serta mengeratkan lagi silaturrahim di antara warga-warga MSD di samping melipat gandakan amalan dan mengingati mereka yang telah kembali ke rahmatullah.


Bergambar ramai selepas membersihkan persekitaran tanah perkuburan

Kerja-kerja pembersihan berkenaan telah disusuli dengan Bacaan Tahlil dan doa yang dipimpin oleh Awang Md Royzarten Asym bin Hj Md Hashim. Turut hadir dalam aktiviti tersebut adalah Awang Aminuddin bin Haji Buntar, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan.



Attachments