Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
07 APRIL 2018 - BENGKEL PENILAIAN SENDIRI PROGRAM PENGGREDAN PRESTASI SEKTOR AWAM [3PSA] MELALUI PENARAFAN BINTANG 2018

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 April 2018 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan [MSD], Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Bengkel Penilaian Sendiri [Self-Assessment Workshop] bagi Program Penggredan Prestasi Sektor Awam [3PSA] Melalui Penarafan Bintang.  Bengkel selama lima [5] hari ini telah bermula pada hari Isnin, 2 April 2017 hingga Sabtu, 7 April 2018 dan diadakan di Institut Perkhidmatan Awam [IPA] melibatkan lapan [8] jabatan yang banyak berurusan dengan orang ramai. 


Peserta Bengkel Penilaian Sendiri 3PSA 2018 bersama Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan

Antara tujuan bengkel adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta mengenai konsep dan kaedah pelaksanaan 3PSA dan seterusnya membolehkan mereka melaksanakan Self-Assessment 3PSA di jabatan masing-masing sejurus selepas berakhirnya bengkel.  Melalui penemuan self-assessment ini nanti, jabatan-jabatan terlibat dapat melaksanakan penambahbaikan dan mempersiapkan jabatan masing-masing untuk penilaian formal oleh MSD. 

Bengkel selama lima [5] hari ini melibatkan beberapa aktiviti seperti penerangan / taklimat mengenai konsep 3PSA dan empat [4] skop penilaiannya serta aktiviti berkumpulan mengandungi tatacara menggunakan Senarai Semak 3PSA, penyediaan laporan dan borang-borang 3PSA yang lain. 

Bengkel Penilaian Sendiri 3PSA merupakan program tahunan MSD sejak tahun 2015.  Ianya adalah antara inisiatif 3PSA yang telah dilancarkan pada Mac 2015 sebagai mendokong titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena sambutan Hari Perkhidmatan Awam ke-21 pada 27 November 2014, antara lain Baginda bertitah mengalu-alukan usaha MSD yang sedang giat menjalankan pengauditan pengurusan, bukan sahaja bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan pengurusan dalam perkhidmatan awam tetapi juga untuk memberikan taraf bintang kepada pengurusan yang memenuhi kriteria-kriteria pengiktirafan.  

3PSA merupakan salah satu sistem penilaian yang dihasratkan akan dapat memberikan pengiktirafan / penghargaan kepada kementerian dan jabatan kerajaan yang telah berusaha ke arah peningkatan kecekapan, keberkesanan, prestasi, produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan.  Selain itu, 3PSA juga akan menilai dan mengukur prestasi jabatan kerajaan ke arah memastikan penyampaian perkhidmatan berada di tahap yang cemerlang.  Ianya juga dapat menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan jabatan kerajaan dalam amalan pengurusan organisasi dan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.  Dengan adanya 3PSA akan dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan untuk meningkatkan prestasi, kualiti dan produktiviti kerja di kalangan warga Perkhidmatan Awam dan membantu dalam  memberkesankan lagi usaha penambahbaikan dan pembaharuan yang telah / sedang / akan dilaksanakan dalam Perkhidmatan Awam.  Melalui 3PSA juga akan dapat memberi promosi meluas mengenai dasar, strategi, mekanisme dan amalan terbaik yang dapat dijadikan sebagai tanda aras [benchmark] dalam Perkhidmatan Awam serta pengurusan prestasi dan kualiti yang telah membawa kejayaan kepada organisasi. 

Skop 3PSA melibatkan empat [4] pengurusan teras / utama, iaitu strategi dan pelaksanaan; dasar dan pelaksanaan; sumber manusia; dan pemedulian pelanggan.

Attachments