Bandar Seri Begawan, 22 Julai 2017 – Kemeriahan suasana Hari Raya Aidilfitri masih lagi disambut dan dirasai oleh warga Perkhidmatan Awam dalam negara ini dengan adanya Majlis Sambutan Hari Raya yang dikendalikan dipelbagai Agensi Kerajaan.
Jabatan Perkhidmatan Pengurusan juga tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi Tahun 1438 Hijrah/ 2017 Masihi yang telah diadakan di Jabatan Perkhidmatan Pengurusan.

Acara majlis telah dimulakan dengan ucapan dari Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, Yang Mulia Awang Aminuddin bin Haji Buntar dan diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa selamat. Manakala acara kemuncak ialah Penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik (APT) bagi tahun 2017 yang dibahagikan kepada 3 Kumpulan dan pemenangnya seperti berikut:
Kumpulan A (Bahagian II)
Dayang Nor Rohaya binti Arun
Pegawai Perkhidmatan Pengurusan

Kumpulan B (Bahagian III)
Awang Roshdi bin Bahrin
Penolong Pegawai Perkhidmatan Pengurusan

Kumpulan C (Bahagian IV dan V)
Dayang Juriah binti Hj Kamis
Kerani

Acara juga diteruskan dengan penyampaian kad hari jadi kepada 21 warga jabatan yang menyambut hari lahir diantara bulan Mei sehingga Julai 2017.

Hadir bersama Pemangku Timbalan Pengarah, Yang Mulia Dayang Hajah Masbi binti Haji Morni, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan jabatan.
Acara seumpama ini adalah antara aktiviti tahunan yang dikendalikan oleh Badan Keugamaan, Sosial dan Sukan (BKSS), Jabatan Perkhidmatan Pengurusan bagi menyambut suasana hari raya sekaligus untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan warga jabatan.