Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
23 MEI 2020 - AKTIVITI KEUGAMAAN MSD DI BULAN RAMADHAN 1441H / 2020M
Bandar Seri Begawan, Sabtu 29 Ramadhan 1441 / 23 Mei 2020 – Dalam keadaan Negara Brunei Darussalam yang masih berdepan dengan cabaran pandemik Wabak COVID-19 pada masa ini, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) melalui Badan Keugamaan, Sosial dan Sukan (BKSS) masih dapat meneruskan aktiviti keagamaan dan amal jariah Jabatan Perkhidmatan Pengurusan disepanjang Bulan Ramadhan demi untuk meraih keberkatan dalam bulan yang penuh mulia itu. Dengan mematuhi garispandu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan mengenai langkah-langkah pencegahan dan penjarakkan sosial, Alhamdulillah, BKSS mengimarahkan Bulan Ramadhan 1441 Hijrah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti keugamaan tahunan iaitu, mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan juga penyampaian sumbangan wakaf. 

Majlis Khatam Al-Quran MSD telah sempurna diadakan pada hari Isnin, 25 Ramadhan 1441H bersamaan dengan 18 Mei 2020M. Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, takhtim dan doa yang dipimpin oleh Yang Mulia, Pengiran Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan dan turut disertai oleh seluruh warga MSD secara online (Live) melalui Microsoft Teams iaitu di dalam suasana dan tatacara kebiasaan baharu bagi mengekang penularan jangkitan wabak COVID-19. 

MSD juga turut menyerahkan sumbangan wakaf, ikhlas daripada seluruh warga MSD kepada Masjid Pehin Datu Imam Haji Abdul Mokti, Kampong Burong Pingai Ayer berupa keperluan masjid seperti pembinaan pintu laluan ke masjid (besi) dan stand tabung masjid (besi), Water Jet dan Televisyen LCD 40’ inch. Sumbangan daripada warga MSD telah diserahkan kepada Imam Masjid Pehin Datu Imam Haji Abdul Mokti, Kampong Burong Pingai Ayer, Imam Muhamad Saleh bin Haji Abd Rahman.

  
Pengerusi BKSS MSD menyampaikan sumbangan wakaf kepada Imam Masjid Pehin Datu Imam Haji Abdul Mokti, Kampung Burong Pingai Ayer.

Adalah diharapkan inisiatif seumpama ini akan dapat lagi diteruskan di tahun akan datang dan mudah-mudahan ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA akan memberkati segala sumbangan dan amal jariah daripada Jabatan ini, Aamiin. 



Attachments